Lingkaran dalam Python ๐Ÿ

Lingkaran dalam Python ๐Ÿ

Loop in Python

ยท

5 min read

Hai semua, kembali lagi dalam Python dalam Bahasa Melayu!๐Ÿคฉ

Hari ini saya ingin bercakap tentang Lingkaran di dalam Python. Tapi sebelum itu, saya menceritakan sebuah analogi.

Kisahnya bermula...

Faiq seorang pembuat burger terkenal. Pada setiap malam Khamis, dia memacak kanopi dan berniaga di bahu jalan rumah kedai yang di sebuah negeri tidak jauh dari tempat tinggal anda. Faiq mementingkan komponen burger yang dimasak olehnya. Baginya dalam burgernya harus ada 2 roti bun yang mempunyai bijan di atasnya, bawang yang digoreng hingga perang, satu daging petty yang dimasak empuk, sekeping salad segar dan dua keping tomato. ๐Ÿ˜‹

image.png

Saban hari Faiq melakukan kerja yang berulang kali, dia berasa letih sekali. ๐Ÿ˜ฅ Rutin hariannya sama, memanggang daging burger, cukup masak letakkan atas roti. Kemudian aturkan salad, tomato dan bawang. Akhir sekali sedikit sos dan mayonis untuk dibungkus rapi.

Faiq merasakan dia perlu membina sebuah kilang kerana dia tidak mahu lagi membuat kerja yang sama berulang kali. Dia hanya mahu memerhatikan sahaja proses ini berlangsung.

Di dalam Python, proses pembuatan kerja yang sama berulang kali ini dipanggil sebagai lelaran (iteration).

Python menyediakan sebuah metod bagi melakukan kerja yang berulang kali. Proses ini dinamakan sebagai lingkaran atau loop.

Mengapa lingkaran diperlukan?

Kita kembali semula kepada kisah Faiq tadi. Setelah dia membuka kilang, perniagaannya semakin maju dan adalakalanya permintaan kepada burgernya dalam sehari mencecah 100 ribu burger! (ini hanya contoh ๐Ÿคฃ)

Jadi Faiq tidak cukup tangan bagi melakukan semua ini, melainkan jika dia mempunyai robot pembantu yang dapat diprogramkan bagi membantunya menghasilkan setiap burger sepanjang hari. ๐Ÿค–

Hal yang sama juga didalam dunia pengaturcaraan. Ada masanya kita berurusan dengan data yang sangat banyak dan tidak mampu dibuat oleh seorang manusia secara bersendirian. Oleh sebab itu, lingkaran diperlukan.

Maka, adalah tidak efisien jika anda mahu menguruskan data tersebut satu demi satu tambah pula ini membuang masa anda. ๐Ÿ“ˆ โณ

Oleh sebab itu, anda boleh mencipta kod lingkaran supaya pemprosesan kod akan berlaku secara automatik selagi menepati keadaan yang anda telah tetapkan.

Jadi tunggu apa lagi? Mari berkenalan dengan Lingkaran. ๐Ÿ˜

Pengenalan

Terdapat 2 jenis lingkaran yang digunakan di dalam Python iaitu, lingkaran-For dan juga lingkaran-While.

1. Lingkaran-For

Definisi

Lingkaran-For adalah sebuah lingkaran bagi menjalankan proses iteration pada jujukan nombor di dalam sebuah blok kod. Mari kita lihat contoh;

x = [ 1, 2, 3, 4, 5]

for k in x:
      print(k)
Output:
1
2
3
4
5

Penerangan kod:

Pada barisan pertama, saya telah meletakkan mencipta sebuah list yang menyimpan nilai 1,2, 3, 4 dan 5. Anda boleh membayangkan nombor ini adalah bahan-bahan burger yang akan diambil satu persatu daripada list.

Kemudian, saya mulakan lingkaran-For dengan kod

for k in x:

Apakah itu k dalam hal ini? k adalah sebuah variable yang menyimpan item di dalam list-x yang juga bertindak untuk mewakili nilai di dalam list-x.

Python tahu anda mempunyai sebuah list-x, tetapi bagaimana Python ingin memahami apakah yang mewakili item ini? Ya dengan menggunakan variable k. (anda boleh menggunakan apa-apa bentuk variable yang anda suka asalkan mengikuti syarat-syarat penamaan variable)

Maka lingkaran-for akan mengakses masuk ke dalam list-x melalui variable k dan kemudian barulah proses yang seterusnya boleh dijalankan.

Pada barisan seterusnya, setelah saya mewakilkan item di dalam list kepada k, saya boleh menjalankan sintaks print ke atas k untuk menghasilkan output daripada list. Maka daripada situ, barulah output 1, 2, 3,4 dan 5 dapat dihasilkan.

Terdapat pelbagai lagi bentuk yang anda boleh gunakan dalam lingkaran-For. Sebagai contoh, menggunakan penyata if-else bagi mengawal pengaliran data. Mari lihat contoh.

harga_sayur = [1, 12, 4, 15, 6]

for j in harga_sayur:
      if j > 5:
           print("Harga sayur terlalu mahal.")
      else:
           print("Harga sayur masih berpatutan.")
Output:
Harga sayur masih berpatutan.
Harga sayur terlalu mahal.
Harga sayur masih berpatutan.
Harga sayur terlalu mahal.
Harga sayur terlalu mahal.

Dengan menggunakan penyata-if-else, anda dapat menapis dan membahagikan data harga_sayur mengikut syarat yang telah anda tetapkan dan menghasilkan konklusi dengan sintaks anda sendiri.

2. Lingkaran-While

Definisi

Lingaran-While adalah sebuah lingkaran yang akan berjalan terus-menerus selagi mana lingkaran tersebut menepati syarat yang telah ditetapkan.

Di dalam Lingkaran-While, terdapat 3 komponen utama yang harus ditulis.

๐Ÿ‘‰ 1. Nilai mula

๐Ÿ‘‰ 2. Syarat ditepati

๐Ÿ‘‰ 3. Pemandu nilai

Mari kita lihat contoh.

k = 0 # Nilai mula

while k < 5: # Syarat ditepati harus kurang dari 5
     print (k, "Hello semua!")
     k = k + 1 # Pemandu nilai

print("Lingkaran tamat.")
Output:
0 Hello semua!
1 Hello semua!
2 Hello semua!
3 Hello semua!
4 Hello semua!
Lingkaran tamat.

Dalam kod diatas, k = 0 adalah nilai permulaan supaya lingkaran dapat dimulakan.

Kemudian, lingkaran dimulakan dengan while dan diikuti dengan syarat yang ditetapkan iaitu k < 5. Apa yang dimaksudkan dengan kod ini?

Ia memberi makna, selagi mana nilai k adalah kurang daripada 5, selagi itu proses lingkaran dijalankan.

Selepas itu, terdapat sintaks yang mengarahkan supaya nilai k dan tetangsi Hello semua! dihasilkan.

Pada barisan seterusnya, terdapat pemandu nilai dimana nilai ini berfungsi untuk memandu nilai k untuk meneruskan lingkaran sehinggalah nilai k mencapai nilai kurang dari 5, iaitu k = 4.

Maka, setelah nilai k sudah bersamaan dengan 4 dan kemudian k menjadi 5, lingkaran akan terhenti dan keluar daripada kitaran dan akhirnya sintaks Lingakaran tamat. dihasilkan.

Kesimpulan

Begitulah sedikit asas kod lingkaran di dalam Python. Terdapat pelbagai lagi bentuk yang kreatif di dalam pembinaan kod lingkaran.

Kod lingkaran seringkali digunakan kerana ia membantu proses mengautomatikkan pemprosesan dan meningkatkan keefisienan sesebuah kerja.

Sampai disini sahaja kelas Python Bahasa Melayu kita. ๐Ÿ˜ฃ

Teruskan belajar dan menjelajah dunia pengaturcaraan. Sampai jumpa, dan selamat berkoding! ๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ’ป

ย