Pemboleh Ubah dalam Python šŸ

Pemboleh Ubah dalam Python šŸ

Three types of Variable in Python

Ā·

4 min read

Hai semua, kembali lagi dalam Python dalam Bahasa Melayu!šŸ¤©

Hari ini saya akan terangkan sedikit salah satu asas mengenai bahasa pengaturcaraan Python iaitu Pemboleh Ubah (PU) atau dalam bahasa Inggerisnya,Variable.

Secara amnya, PU adalah sebuah nama yang menyimpan nilai yang mempunyai banyak bentuk, sama ada nombor (interger) atau tetangsi (string).

Mari lihat contoh mudah kod PU.

 x = 3

Dalam kod di atas, PU-x telah menyimpan sebuah nilai iaitu nombor 3. Bagi menyimpan tetangsi pula, PU ditulis seperti berikut

nama = "Hai, nama saya Ammar."

String adalah sebuah item yang ditulis dengan pembuka dan penutup kata. PU-nama menyimpan sebuah nilai tetangsi iaitu "Hai, nama saya Ammar."

Bagi menghasilkan output kod, anda harus menggunakan arahan print() kepada PU tadi.

print(x)
print(y)
Output:
3
Hai, nama saya Ammar.

Sekarang, anda sudah faham apa yang dimaksudkan dengan Pemboleh Ubah. Mari kita pergi ke bentuk evolusi PU yang mempunyai empat jenis iaitu:

ā€¢ Tuple ā€¢ List ā€¢ Dictionary ā€¢ Set

1. Tuple

Tuple adalah sebuah PU yang ditulis menggunakan braket lengkung -- ( ) -- untuk menyimpan pelagai informasi sama ada berbentuk nombor, tetangsi dan sebagainya.

Tuple tidak boleh digubah menggunakan arahan Python, melainkan anda sendiri memadam informasi tersebut daripada tuple. Ia juga berada dalam keadaan tersusun walaupun tidak dilabel dengan apa-apa.

Contoh tuple:

air_minuman = ("Sirap", "Teh Ais", "Milo", "Kopi-O")
print(air_minuman)
Output:
("Sirap", "Teh Ais", "Milo", "Kopi-O")

Di dalam PU-air_minuman, pelbagai jenis minuman disimpan di dalamnya. Biasanya Tuple digunakan pada awal pembelajaran Python kerana konsepnya yang mudah untuk menyimpan pelbagai nilai; dan tidak mempunyai ada-apa metod untuk mengubahnya.

Tetapi, semakin lama anda mempelajari Python, anda akan lebih kerap menggunakan satu bentuk lagi iaitu, List.

2. List

List adalah sebuah bentuk PU yang menggunakan braket petak -- [ ] -- untuk menyimpan data informasi.

Data akan disimpan dalam dilabel menggunakan label indeks (bermula dari 0) yang bertujuan untuk memudahkan pengaturcara bagi merujuknya kembali. Analogi yang mudah adalah seperti adik beradik yang dilabel menggunakan gelaran anak pertama, anak kedua, anak ketiga dan seterusnya.

family-gb9f97bb93_1920.jpg

Contoh keluarga dengan adik beradik 3 orang.

Contoh kod list;

nom = [1, 2, 3, 4,5]
menu_burger = ["daging", "ayam", "special", "double", "kahwin"]
mix = [1, "nasi", 2, "ayam", "sayur", 45]

Anda dapat lihat di atas terdapat 3 jenis list yang menyimpan nilai dalam bentuk nombor dan tetangsi. Anda boleh mencampurkan keduanya di dalam satu list.

Anda telah lihat kesemua jenis list yang anda boleh tulis. Dan seperti yang telah saya perkatakan tadi, list menggunakan indeks bagi melabel setiap item yang berada di dalamnya.

Anda boleh menyeru setiap data menggunakan label indeks seperti kod dibawah.

menu_burger = ["daging", "ayam", "special", "double", "kahwin"]

print(menu_burger[0])
print(menu_burger[1])
print(menu_burger[2])
Output:
daging
ayam 
special

Jika kita rujuk kepada list menu_burger di atas, anda dapat lihat, daging dilabel dengan indeks [0], ayam dilabel dengan indeks [1], dan special dilabel dengan indeks [2]. Dengan cara ini, anda boleh mengakses mana-mana kandungan di dalam list menggunakan nombor yang telah ditetapkan.

Penyimpanan maklumat ini juga dikenali sebagai array.

3. Dictionary

Dictionary adalah sebuah bentuk PU yang menggunakan kurungan keriting -- { } -- bagi membentuknya. Dictionary menggunakan konsep pasangan kunci-nilai (key-value) yang mana kunci digunakan sebagai label kepada nilai.

nama_dict = {"kunci" : "nilai"}

Mari lihat contoh dibawah;

dict_kereta = { "nama" : "Kancil", "jenama" : "Produa", "buatan" : "Malaysia"}

print(dict_kereta)
Output:
{ "nama":"Kancil", "jenama":"Produa", "buatan":"Malaysia"}

Jika tadi pada list anda boleh menyeru nilai menggunakan nilai [indeks], dalam dictionary pula anda boleh menyeru kunci kepada nilai tersebut.

Lihat kod dibawah;

print(dict_kereta["jenama"]
Output:
Produa

Dengan menggunakan dictionary cara penulisan data anda lebih bebas pada aspek pelabelan nilai kerana anda boleh menentukan sendiri apakah kunci yang anda inginkan. Namun, jika label tidak penting untuk data anda, anda boleh menggunakan list sebagai alternatif.

Ciri Dictionary adalah ia boleh diubah menggunakan arahan Python dan tidak membenarkan nilai yang sama ditulis berulang.

4. Set

Set pula mempunyai struktur seperti dictionary tetapi tidak mempunyai kunci. Fungsinya pula sama seperti tuple iaitu menyimpan pelbagai data di dalam PU, tetapi ianya tidak berada dalam keadaan tersusun seperti tuple.

Contoh set;

buah = { "pisang", "manggis", "cempedak"}

print(buah)
{"cempedak", "pisang", "manggis"}

Disebabkan set mempunyai ciri tidak tersusun, maka output yang terhasil adalah rawak dan tidak mengikut yang asal.

Penggunaan set adalah jarang dalam pengaturcaraan kerana kurang memberi kelebihan kepada pengaturcara. Jika anda menjumpai kod yang mampu memanfaatkan bentuk set sila komen dibawah! šŸ˜

Kesimpulan

Pemboleh ubah adalah asas yang penting untuk difahami di dalam pengaturcaraan. Ia diguna meluas lagi-lagi untuk menyimpan sebuah kod yang besar sekaligus mewakili kod-kod tersebut.

Memahami tuple, list, dictionary dan set juga satu kemestian kerana ia digunakan untuk tujuan berbeza dengan kegunaan yang tersendiri.

Setakat itu sahaya daripada saya.

Teruskan belajar dan menjelajah dunia pengaturcaraan. Selamat berkoding! šŸ‘©ā€šŸ’»

Ā